MCKK PREMIER 7'S 2023

29 SEP - 01 OKT 2023


KETETAPAN

1. Pendaftaran Pemain & Pegawai

1.1 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai 12 orang pemain dan 2 orang pegawai sahaja. Pendaftaran Pasukan lengkap dengan Nombor Kad Pengenalan hendaklah dibuat melalui pautan yang diberikan sebelum 25hb September 2023.

1.2 Pengurus Pasukan diwajibkan untuk mengemukakan satu salinan kad pengenalan para pemain semasa membuat pendaftaran.

1.3 Pendaftaran
Tempat : The Malay College Kuala Kangsar
Masa : 10.00 Pagi – 3.00 ptg
Tarikh : 29hb September 2023 (Jumaat)

1.4 Taklimat Pengurus Pasukan
Platform : Google Meet (Pautan akan dimaklumkan)
Masa : 8.30 Malam
Tarikh : 27hb September 2023

1.5 Kelayakan Pemain – Pemain yang layak mewakili pasukan ialah pelajar sekolah yang berdaftar dan masih belajar di sekolah yang diwakili dan lahir pada tahun 2006 dan ke atas.

1.6 Setiap pasukan akan dibantu oleh 2 orang Pegawai Perhubungan (liaison officer) yang akan bersama pasukan sepanjang pertandingan ini.

2. Tempat Penginapan & Makan

2.1 Pihak penganjur akan menyediakan tempat tinggal untuk 12 orang Pemain dan 2 orang pegawai yang berdaftar dari setiap pasukan.

2.2 Pihak penganjur juga akan menyediakan:

• 29hb Sep 2023 (Jumaat) –Makan Malam

• 30hb Sep 2023 (Sabtu) – Sarapan, Makan Tengahari dan Makan Malam

• 1hb Mac 2020 (Ahad) – Sarapan dan Makan Tengahari 

3. Pendaftaran Pemain & Pegawai

3.1 Majlis Santapan DiRaja

Tempat : Dewan Jubli, Kuala Kangsar
Masa : 8.00 Malam
Tarikh : 30hb Sep 2023 (Sabtu)
Pakaian : Baju Batik lengan panjang

Untuk semua pemain dan pegawai pasukan. Kehadiran adalah diwajibkan

4. Pertandingan

4.1 Perlawanan peringkat kumpulan (6 perlawanan) akan bermula pada hari Jumaat (4 petang, 29hb Sep 2023).

4.2 Jersi – Setiap pasukan diwajibkan menyediakan 2 set Jersi yang berlainan

4.3 Setiap pasukan juga diwajibkan memakai Jersi, seluar dan stokin yang seragam.


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi

AMRUL HAZARIN HAMIDON
PENGERUSI JAWATANKUASA PENGANJUR
MCKK PREMIER 7s 2023
019-399 5854 

Powered By Sporteqa.com